Latar Belakang Penternakan
Anas Platyrhynchos atau itik ialah nama biasa untuk spesies daripada keluarga Anatidae dan berada dalam kelas burung. itik kebiasaanya ialah itik akuatik. Ia lebih kecil daripada saudaranya iaitu swan dan angsa dan boleh ditemui di air tawar dan laut.
Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
Biasanya itik dipelihara di kawasan yang berparit atau berkolam kerana dipercayai ia memerlukannya untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya.
Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam. Baka itik pedaging adalah seperti Pekin, Aylesbury, Rouen, Muscovy (itik Nila atau itik Serati) dan Cherry Valley.
Penternakan Itik
Subscribe to:
Posts (Atom)