Itik merupakan unggas yang memiliki sifat aquatik, iaitu suka dengan air. Ini adalah kerana bulu-bulu yang tebal dan berminyak berfungsi untuk melindungi tubuh setiap kali berada di dalam air. Itik adalah termasuk di dalam jenis haiwan pemakan segala makanan (omonuvorus), pemakanan dari biji-bijian, rumput hinggalah haiwan-haiwan kecil seperti ikan, serangga, dan belut. Sifat khas itik adalah bentuk kakinya yang pendek, kuat dengan jari-jari kaki dihubungkan oleh selaput renang.
Menurut sejarah pustakawan, nenek moyangnya hampir kesemua itik-itik ini adalah itik liar (Anas moscha) atau wild mallard kecuali itik muscovy. Itik liar yang termasuk dalam ordo Anatidae berasal dari Amerika utara. Itik liar ini juga diklasifikasikan sebagai itik peliharaan (Anas domesticus). Dalam kehidupan di habitatnya, itik bersifat monogamus (berpasangan) tetapi setelah dikategorikan itik ini bersifat poligamus.
Unggas ini merupakan penerbang yang kuat, ia memilik sayap pendek dengan otot sayap yang kuat. Pada setiap perubahan musim, itik akan bermigrasi dari wilayah utara ke selatan untuk pembiakan. Mereka juga memiliki daya adaptasi yang luas dan dapat hidup di daerah tropikal dan sub tropikal.