Reban Ternakan

PERUMAHAN DAN PERALATAN

Reban itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

  • Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik.
  • Saiz reban mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina reban itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.
  • Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur di merata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
  • Reban itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

CV Duck Farm Industries mempunyai sebanyak 150 buah rumah itik yang setiap satunya berkeluasan 18 kaki X 150 kaki dan terletak di Sungai Petani, Kedah. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti seminar dan kursus penternakan itik ini, sila hubungi kami di talian 016-2151557 atau boleh menghantar e-mel ke cvduck@gmail.com

 
Copyright © 2003-2013 Cherry Valley Duck Farm