Pengurusan Ternakan


Tentang Pengurusan Itik Cherry Valley
  
CV Duck Farm Industries (CVD) adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menternak itik pedaging. Kami juga melancarkan Projek Penternakan Itik ini yang dijalankan di kawasan Bukit Selambau, Kedah yang mempunyai keluasan sebanyak 150 ekar untuk penternakan itik pedaging ini. 

1. Perniagaan ini melibatkan 2 pihak iaitu Pihak Usahawan dan pihak Pengusaha. Pihak Usahawan merupakan pihak yang mengeluarkan modal untuk membeli benih itik manakala pihak pengusaha ternakan adalah pihak yang diberi tanggungjawab oleh pemilik untuk menjaga itik-itik kepunyaan mereka termasuk memberi makan, rawatan dan sebagainya kepada itik-itik yang dipelihara di dalam kawasan ternakan.

2. Pihak Usahawan akan dikenakan caj penjagaan dan juga caj proses tuaian ke atas semua itik-itik yang diternak dan segala urusan jual-beli diuruskan oleh pihak pengusaha dan ianya adalah mengikut terma dan syarat perjanjian yang telah dibuat.

3. Benih-benih itik ini akan dijaga oleh Pengusaha dari segi penjagaan, makanan dan perubatan. Dengan cara ini, Pengusaha akan menjaga semua benih-benih itik Usahawan sehingga ianya berjaya dibesarkan untuk proses jualan. Hasil tersebut akan dijual mengikut harga pasaran.

4. Pihak pengusaha akan mengadakan pemeriksaan berkala untuk tujuan memungut hasil (harvesting) terhadap itik-itik ini sehingga tarikh matang (45 hari). Pihak pengusaha juga bertanggungjawab memaklumkan kepada Pihak Usahawan bagi tarikh pengeluaran hasil tersebut.

5. Pihak pengusaha akan membayar setiap ekor itik sebanyak RM1.00 bagi setiap ekor yang berjaya dibesarkan sebagai hasil tuaian untuk para usahawan selama 15 kali pusingan tuaian.

6. Satu perjanjian bertulis antara Usahawan dan Pengusaha akan dilaksanakan melibatkan tempoh yang dipersetujui bermula dari tarikh benih-benih dimasukkan ke dalam ladan ternakan. Sepanjang tempoh perjanjian, segala keperluan penjagaan, makanan dan rawatan itik akan ditanggung oleh pengusaha. Setelah tamat tempoh tersebut, usahawan mempunyai pilihan untuk menyambung perjanjian.

 
Copyright © 2003-2013 Cherry Valley Duck Farm